Jumaat, 10 Mac 2017

Gunakan Segala Kudrat Untuk Sesuatu Yang Betul


Assalamualaikum dan salam Jumaat...

Gunakan segala kudrat untuk sesuatu yang betul.
Setuju atau tidak dengan kenyataan di atas?

Hard Work Beats Talent, When Talent Doesn't Work Hard

Terjemahannya

Kerja Keras Mengalahkan Bakat Apabila Bakat Tidak Bekerja Keras.

Pendapat Ryan?

Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh. Bekerja keras untuk melakukan dan mempelajari sesuatu, kita pasti akan berjaya dan mampu melakukannya lebih baik daripada orang berbakat tetapi malas untuk berusaha.

Dengan berusaha keras, tekad dan rajin... hasilnya pasti memberangsangkan.
Kerana melalui effort yang kita lakukan, kemahiran dan pengalaman ianya akan memberikan nilai tambah pada diri kita. Meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik seiring dengan kepantasan perubahan waktu.

Manakala, jika mereka yang berbakat itu malas dan tidak berusaha. Lama kelamaan dia hanya akan terperangkap dalam zon keselesaan dan tidak menambah sebarang nilai pada perjalanan hidupnya. Berada pada tahap yang sama sehingga ke akhirnya.

Oleh itu,
Pilihlah untuk terus berusaha dan terus berusaha.

Teruskan perjuangan !

Khamis, 9 Mac 2017

Makan Burger Ikan Mcdonald's - Filet-O-Fish



Assalamualaikum dan selamat pagi ^_^

Semalam makan malam aku adalah dua biji burger ikan McDonald's - Filet-O-Fish dan minum kopi buat sendiri. Burger tu aku beli di Karamunsing. Ala Carte jak.

Waktu aku beli tu, taklah ramai sangat orang duduk dalam McD tu.
Entah kenapa aku rasa nak makan burger tu di rumah . Kadang-kadang memang aku makan sesorang di dalam McD tu. Tapi semalam, nafsu untuk makan tertinggal di rumah. Lagi pun, cerita drama Korea Rebel tu, mula dalam jam 8. So, better aku balik awal. Kalau lama duduk dan jalan di kedai pun, banyak plak nanti barang yang dibeli.

Sesudah menapau burger, aku teruskan perjalanan balik ke kereta.

Tujuan aku ke Karamunsing, memang hanya untuk beli burger yang tiba-tiba terlintas di kepala dan berbunyi di perut sewaktu aku dalam perjalanan balik dari menyenamankan diri di Teluk Likas. Baru balik dari berlari-lari anak lah katakan. Lapar pulak ... hahaha

Dalam perjalanan balik ke rumah, fikiran agak melayang layang.
Biasalahkan... memikirkan tentang hidup dan kehidupan.

Sedar tak sedar, walaupun dalam kesesakan tu ... sampailah juga ke rumah sebelum Isyak.

Mandi dan selesaikan kewajipan.

Lepas tu aku buat kopi dan makan dua biji burger tu.

Alhamdulillah. Selesailah makan malam.

Burger tu taklah terlampau padat macam Big Mac atau Double Cheese Burger.
Portionnya agak sederhana dan mudah. Sedap.
Yang aku suka adalah Bun nya yang lembut.

Mengenyangkan? Serius...aku nda pun rasa kenyang.
Tetapi rasanya cukuplah untuk mengalas perut yang lapar.

Wah... panjang jugak cerita aku tentang makan burger ni... hahaha.

Well...
berakhirlah sudah (macam lagu lah plak!)
berakhirlah sudah catatan aku untuk hari ni...

Ahad, 5 Mac 2017

Blog 5317 Malam - Mencari Sesuatu Yang Hilang, Sepi



Selamat malam Ahad gais...

Mencari sesuatu yang hilang, SEPI.
Entahlah. Mungkin bila tinggal seorang di kota raya dengan kesibukan warganya mencari kehidupan siang dan malam, membuatkan aku tenggelam timbul. Tidak lemas... dan tidak juga hanyut.

Berjalan sendirian di kompleks membeli belah, kadang di Imago, Karamunsing dan 1B... jarang-jarang ke CP... menjadi rutin yang menyenangkan. Melihat gelagat dan ragam manusia-manusia.
Beli buku terutamanya novel jadi ketagihan yang terkawal. Banyak juga buku yang belum selesai di baca... tak sampai seminggu, mesti ada lawatan ke kedai buku... dengan harapan ada buku terbaru yang menarik untuk dibaca. Ok.. genre aku bukan genre novel Cinta.... tetapi lebih kepada, aksi, thriller, misteri, seram , penyiasatan dan sewaktu dengannya...

Dengan membaca, aku rasa lebih tenang.
Menghilangkan diri dalam dunia di novel tu. Menghayati penceritaan dan kisah watak-watak.
Menjerumuskan diri dalam misteri dan aksi yang mengasyikkan.
... dapat melupakan seketika, hiruk pikuk dan drama di alam nyata.

Rasa kosong ini menjadi kriptonite yang menyebalkan.

ya.. aku mencari sesuatu yang hilang.... sepi

Sabtu, 4 Mac 2017

Blog 4317Pagi - PANAS DI KOTA KINABALU


Panas ! Cuaca yang panas pada hari Sabtu membuatkan Ryan lebih selesa untuk berada di rumah.

Tugasan Uni yang diberikan semuanya dah siap. Mahunya tak siap kalau bersekang mata dalam beberapa hari ni. Harap-harap pointer sem ni tak jatuh. Ok, berhenti cerita tentang alam belajar ni. Karang boring plak korang baca.

Ya, di rumah pada hari biasa dan hujung minggu sememangnya menyenangkan.

Kalau lapar, boleh ke dapur… kalau rajin bolehlah masak lauk-pauk. Kalau ada terasa kemalasan tu, pastinya makan Maggie lah jawabnya. Bukan malas gais, cuma agak sayang nak masak kalau duk sorang kat rumah ni. Kalau tak habis, kan terbuang jadinya.

Selain dari makan, antara kewajipan yang lain pada hujung minggu adalah menonton TV. Semak balik rakaman episode-episod atau drama bersiri yang Ryan suka.

Yang terkini Ryan follow adalah cerita Korea, tajuknya Rebel di channel Oh!K – 394.
Seronok tengok cerita ni. Lepas tu layan lah juga rakaman Maharaja Lawak Mega 2017 tu.
Lapar sikit, tengok channel masakan tu… aduiii… Bikin lapar eh…




Bila ada masa sikit, terlayan lah Bigo Live… merantau dalam dunia maya melihat keletah dan peel orang-orang. Macam-macam kita boleh tengok di Bigo tu… daripada yang gadis dan jejakanya sehinggalah ke makcik dan pakcik. Ada yang menyanyi, ada yang berborak sakan, ada yang melalut… ada yang melukis..
ada yang memang tunjuk muka yang cantik dan semboi… hmm.. kalau cerita apsal bigo ni… panjang plak karang… maybe, next post akan datang boleh cerita pasal Bigo Live…

Oklah, berbalik pada aktiviti hujung minggu. Hari ni (Sabtu) selepas dah habis cuci kain sebelah pagi tadi, waktu jemur pakaian tu, jiran sebelah tengok aku dengan wajah yang agak kehairanan. Aku lambai dan say Hai… dia senyum jer. Mahunya dia tak hairan, aku duk rumah ni sorang, pakaian dijemur macam berkeluarga beb! Hahaha… banyak. Cik Kak sebelah rumah, jangan hairan tau, saya kumpul kain seminggu dan cuci hujung minggu.. bukan hari-hari cuci… huhuhu. By the way, akak tu memang Nampak suwit (manis = sweet) tapi aku rasa dah ada teman lelaki. Hahaha…

Plan petang ni nak pi tengok wayang.mungkin repeat tengok Logan.
Aku dah tengok malam Khamis tu, tapi macam masih mau tengok lagi… hahaha
Kalau tak pegi tengok movie, maybe duk rumah atau ukur besar Imago (jalan-jalan)
Cari novel atau buku baru untuk dibaca.
Makan dan lepas tu balik rumah lah…itu perancangan awal.

Woah,panjang jugak update aku untuk setengah hari ni.

Rajin sikit aku sambung entry selanjutnya malam karang.



Bai gais...

Rabu, 1 Mac 2017

Kehadapan Aku Yang Di Masa Hadapan



Assalamualaikum. Salam 1 Mac 2017.

Kehadapan aku yang sedang membaca nota ini di masa mendatang. Apa khabar kamu?
Ah, ini permulaan catatan kisah panjang tentang kita.
Sengaja aku coretkan di sini untuk jadi tatapan dan perkongsian, kalau bukan aku dan kau yang membacanya. Aku harap ianya menjadi bacaan orang yang kita sayang.

Aku yang di masa hadapan…
Bagaimana keadaan orang yang kita sayang? Si dia suri hati …
Adakah dia menunggumu dengan senyuman manisnya apabila kau balik dari seharian suntuk mengerah kudrat dan keringat ? Wajah ayu dan polosnya, renungan redupnya melemaskan kau dalam sejahtera.
Adakah dia memasak dan menghidangkan makanan kegemaranmu?
Ulah santun, ketawa dan peri kasihnya pasti membuat kau bahagia…
Aku yang masih disini… telah mula merindui dia.
walau masih aku yang kini belum menemuinya… siapa?

Aku yang di masa hadapan…
Tidurkah putera dan puteri kesayangan kau dan surimu?
Adakah mereka menurut paras kau dan surimu…
Pelukkan mereka untuk aku.
Cium pipi mereka untuk aku.
Terngiang gelak ketawa dan rengekan manja mereka.
Aku yang masih disini ketika ini … telah mula merindui mereka
walau masih aku yang kini belum tahu … berapa putera dan berapa puteri

Aku yang di masa hadapan…
Adakah kau dapat menahan sebak ? Sebak di atas pusara ayah dan ibu?
Bagaimana kau harungi saat itu apabila mereka menghelakan nafas akhir dan melafaz syahadah?
Sukar untuk aku yang kini untuk membayangkan…
Aku yang masih disini ketika ini… telah mula mengalirkan air mata
walau masih aku yang kini belum mahu… belum mahu kehilangan mereka.
Akan aku jaga mereka untuk kita.

Aku yang di masa hadapan…
Semoga kau mampu untuk terus bertahan dan cekal..
Aku yang masih disini ketika ini… gigih berusaha
agar masa hadapan itu wujud ada... Insya Allah

Bismillahirahman’nirahim...

- Catatan 1/2017